Monday, July 24, 2017

Summing Up My Weekend - Part 1

Accident.


p/s: Amaran, entri ni panjang sebab aku emo gila babs.



NAK TAU TAK AKU ACCIDENT BALIK DARIPADA KERJA HARITU. BUKAN SALAH AKU OK SALAH ATOK TU (ya atok sebab umur dia dah 80++) LANGGAR BELAKANG KERETA PASTU KERETA AKU SONDOL LORI DEPAN PASTU LORI DEPAN TU BLAH SEBAB TAK PERASAN PUN AKU DAH LANGGAR DIA BAHAGIAN DEPAN KERETA AKU REMUK TERUK SEREMUK HATIKU.



Ok dah. butang caps lock dah elok dah, kot.



Ok la, kita start balik dari awal part accident ni. Tulis dalam keadaan yang lebih tenang, dan bertamadun. Aku kena coret jugak perkara ni sebab seumur hidup aku dua kali aku accident, dua-dua orang sondol kereta dari belakang which is I didnt do anything wrong pun elok je pemandu berhemah.




Ok, Jumaat (21 july 2017), aku on the way balik rumah. Which is my plan is sampai rumah, ambil Gong, kemas barang untuk hiking, kemas barang pelamin. So that balik sahaja dari hiking, terus load barang masuk kereta and pergi set up pelamin. Oh ya, kami plan hiking dekat Gerik, Perak on 22nd (which hari Sabtu). Kononnya Jumaat tu, lepas maghrib around 8pm tu nanti kawan aku datang pick up, terus shoot pergi Gerik la. Kononnya.




Long story short, my actual plan was to punch out from work early but I forgot that I am super busy nak mampus on that week nak bernafas pun kena mintak izin dekat bos can I breath oh no okay then Im not going to breath. K. Like literally tooooo busy, so I abort my mission untuk punch out on time. Supposed to punch out 5pm, but I punched around 5.30pm weh rugi setengah jam walaupun selalunya aku steady je balik lambat tapi aku tak kemas barang lagi ni aku patut dah kat rumah dah kot 5.30pm tu!



So drive - macam biasa. I even brag to my workmate & my senior engineer that Im off tomorrow padan muka korang kena kerja. My workplace to my house take around 30mins with jammed traffic etc. But my final 5 mins turned into nightmare & tragic.



*drumroll with sad song*



Masa tu dekat traffic simpang tiga area depan taman perumahan aku. After traffic light, masuk kanan tantaraaa there you can see my taman. So masa tengah tunggu traffic light merah. Depan aku lori.




Kuning lori. Merah Myvi oren tapi takde warna oren merah pun jadilah. Hitam Honda Accord yang telah merosakkan hariku.



Traffic light tengah merah, gear dekat neutral, kaki tekan break. Sebaik sahaja traffic light bertukar warna hijau, aku tukar gear D, lepaskan break & nak tekan minyak (tak tekan lagi), BANG!!! Aku dah selamat langgar lori depan. Bunyi kuat gila dan aku terkejut sebab HOW THE HELL AKU BOLEH LANGGAR LORI DEPAN TAPI AKU TAK TEKAN MINYAK LAGI. 


Aku kaku sekejap. Lost for few secs then I realized DAMN, MY CAR. Tarik handbreak, keluar kereta. Rupanya kereta belakang langgar aku, kereta Honda hitam. Kereta tu sondol belakang aku, dan tolak kereta aku kedepan langgar lori di hadapan. Dan lori tu tak sedar pun aku dah langgar belakang dia, sebab lori tu terus jalan - traffic light dah hijau kan. Aku. Terkejut sampai tak boleh define perasaan sendiri.



Terkejut sebab tengok kereta depan, remuk. Sikit lagi nak kena enjin. 




Skip part in between tiba-tiba ejen insuran berada di tempat kejadian, owner bengkel di Ampang, owner bengkel di simpang balak,  dan sekutu-sekutunya, yang out of nowhere tiba-tiba muncul sebab aku perempuan, kot? So semua rasa ok budak ni mesti bodoh boleh tarik kereta sekarang yay! Sorry, i jantan. You tepi sikit nak call family japs. Hahaha. 





Discussing with that Atok, and he said he will compensate blablabla and dont make any report to police. I agree. But nope, his son came. The son i guess around my dad's ages, so I called him pakcik. He insist,

Okay kita buat report je. Ok jumpa kat balai.


Like what? Kata nak setel luar, ni nak report pulak. Dahla he insist, again, kalau aku kena saman jugak (sebab aku langgar lori depan kan so nampak mcm aku bersalah juga), that is law. Ayah dia pun takde niat nak langgar kereta aku. Indirectly he said. kalau kau kena saman memang dah tu undang-undang walaupun tu bukan salah kau ayah aku bukan sengaja pun.







Aku. Bengang. Gila. Dan. Aku. Nak. Menjadi. Kurang. Ajar. Tapi. Aku. Sabar.





And yes, we did report. Dan aku tak kena saman. Sebab bukan salah aku? Dan pakcik tu yang beria-ia nak report polis tadi, call aku suruh tarik balik report dan settle luar. Selepas aku habis report. Selepas aku ber kelam kabut pick up Gong, and packing barang for hiking and let my friends waiting more than an hour to let me settle the report. Setelah aku nego sepuluh juta kali taknak report. setelah aku sudahpun berada di dalam kereta menuju ke Gerik, Perak kerana kehidupan perlu diteruskan walaupun hati kau dah remuk.



Marah kan? Ya.




Long story short lagi, pakcik tu B sebab menyusahkan aku. bukan Atok yang langgar aku yang menyusahkan, anak dia. Ayah dia dah cakap nak settle luar je dia mengada-ngada nak tengok aku kena saman.



Kesimpulannya, aku dah takde kereta nak pergi kerja. Ko bagitau sekarang aku nak naik apa. Ko cakap.