Friday, September 1, 2017

Comfort Zone

Semalam Ive this kind of conversation with Gong & Ida, pasal being private over social media. How uncomfortable we are when our workmates asking for our social media sebab nak follow/add. Ida even lied to her workmates yang dia dah deactivated acc fb just because dia taknak kena add. Keji gila okay! Hahaha.



Tapi aku pun sama. Gong apetah lagi. Ko tengok social media dia semua friends sikit nak mampus. Macam tiada guna ko ada social media kahkahkah. Circle dia lagi kecik compare aku dengan Ida. Kira kalau susun carta circle of friends, aku kategori paling ramai circles lah compare dengan diorang dua. Aku rasa macam tak, kawan aku sikit je. Tapi ayat diorang; Za, kawan kau kat semua tempat ada za. Kitorang sampai taktau bila je ko takde kawan kat tempat lain. TAPI AKU DAH KEEP MY CIRCLE SMALL AS POSSIBLE KOT ISH. 



Kenapa? Sebab bagi aku, lagi besar circle kau, lagi penat kau nak catch up. Lagi banyak drama kau nak kena hadapi. Lagi-lagi kalau circles tu besar, and ramai perempuan. Mampus. Tapi disebabkan aku kategori extrovert (kot), ikut mood jugak la. Aku selalu ended up creating new friends wherever I went. Macam, aku takde niat pun. Tapi orang cepat rasa selesa (?) dengan aku. Im being myself, orang ajak sembang, aku sembang. Orang tu jenis banyak cakap, aku dengar dan iyakan. Rasa boleh ngam, aku sembang macam biasa. Aku jenis takkan start perbualan, tapi once orag tu start, aku boleh follow their flow. Tu apa aku rasa la.




Tapi, masalahnya, bila aku jadi ramah, orang akan rasa, okay dia ni boleh keep in touch selalu. In real life yes, tapi kalau nak contact, sembang dalam whatsapp, social media, no. Sebab aku pemalas nak reply benda menaip, melainkan kau manusia yang aku selesa & ada topik untuk disembangkan. Kadang-kadang okay la tanya khabar, tu pun akan berakhir dengan perbualan tergantung sebab aku tak reti tutup perbualan and say 'Goodbye', so aku akan biar sahaja. Bila taktau nak reply apa, aku biar je. Ataupun bila bagi aku, orang tu tak menunjukkan minat untuk berbual, so aku malas reply & nampak aku je beria tanya soalan.




Kira comfort zone aku ialah dalam circle yang kecil. Kalau kau wujud dalam ketiga-tiga social media aku, facebook-instagram-twitter, maknanya aku selesa dengan kau. Paling kritikal instagram & twitter la. Fb tu takde apa sangat. Takde post apa-apa pun.




Some might said, ala bukan apa pun. Tak salah pun ada kawan ramai. Social media je pun. Tapi bagi aku, kami, tak. Aku pentingkan kualiti over kuantiti. Scan circles yang akan bagi impak positif dalam hidup adalah amat penting ya rakan-rakan. Jenis kuat drama, emosional, cakap belakang, tak perlu kot. Oh, differentiate between kerja dan personal life juga penting. So bagi aku, amatlah penting untuk aku mengelak rakan-rakan kerja dimama-mana laman sosial aku. Masa kerja yes, sampai rumah, bye.





Everyone have different thoughts bila bab being private in life. Personally, Im not a fan of exposing too much on social media. Sebab aku suka over thinking & tau mesti akan ada tukang judge. So daripada rasa insecure, baik aku tak payah post apa-apa. Gituh. Aku juga perlu memikirkan semula kata-kata Ida & Mah semalam.




'Kau tak boleh circles banyak, penat nak keep up la, malas nak keep in touch la. Tapi eveytime kau pergi tempat baru mesti ko buat kawan baru. Ramai lak tu.' HAHAHAHA.



Sian aku. Buat kawan pun kena marah.........Takpelah, tu kategori networking. Kenalan ramai takpe, senang apa-apa hal. K gerak lu.





Salam Aidiladha!